kali ni nak citer pasal kerepek malinja atau cokok. sebab dipilih, adalah kerana ni baru 1st time aku makan kerepek ni kat Lavang Estate. CC kata, ni kerepek org jawa. betul ke tidak, wallahulam.. agak jakun kan? tapi x per la.. better pernah rasa dari tak merasa.. hehe. kan? kan?
sekali tengok, rupa dia adalah agak sama dengan keropok ikan. cuma nya, bila di perhatikan betul2.. eh, kerepek ni mcm dr bijik sesuatu yang diketuk lahh! jenuh lahh meng 'Google' pas tu terjumpa la websiti ni .. oh begini rupanya asal usul kerepek malinja atau cokok ni. (tiba2 malas la pulak nk bercerita, korang pakat2 la baca yek kalau nak tahu.. hihi)
tapi, untuk tidak mneghampakan aku cerita la sikit pasal rasa dia. sedikit pahit di awal kunyahan tapi agak lemak bila di telan.. kalau dah makan lama-lama, banyak2 rasa pahit tu hilang sendiri diganti dengan rasa sedap. ramai yang suka. boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah sos atau kicap pedas, mengikut kesukaan masing-masing.
tapi bagi aku yang takkan Terengganu hilang ditekak ni, aku lagi prefer keropok ikan la.. hihi
No comments:
Post a Comment