tahun 2010 ni byk tinggalkan kenangan utk diri ini. diserikan dgn sesuatu yang sgt pahit utk dikenang. sedih, marah, muram, durja, kecewa, menangis. juga di warnai dgn nostalgia bahagia yang sgt manis untuk di kenang. tawa, senyum, gelak, mesra, riang. pahit dan manis lengkapkan satu sama lain.
semua tu perlu di kenang. yg pahit, jadikan tauladan. jdkan guru, jdkan pedoman. smg benda yg sama tak berulang lagi. sentiasa beringat, make it panduan & petunjuk utk ke arah lebih sukses. utk semua kenangan manis, jgn sesekali takbur. jgn gunakan segala yg ada utk menunjuk2, riak apatah lagi. sentiasa ingat di mana bumi dipijak. bersyukur dgn apa yg ada. jgn sesekali sesali takdir kerana nun dia atas sana, DIA sedang mengaturkan sesuatu yang terbaik untuk kita semua. *berdoa*
dan yang paling penting, mesti tahu BERSYUKUR! utk itu - ini, adalah senarai kesyukuran saya:
1. saya bersyukur dilahirkan sempurna. cukup segala sifat, fizikal dan mental. sihat walafiat. dan sehingga ke hari ini masih lagi sempurna. semoga nikmat ini berkekalan.
2. saya bersyukur saya dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia.
3. saya bersyukur saya masih mempunyai ibu yg penyayang dan seorg ayah bertanggungjawab.
4. saya bersyukur krn mempunyai pekerjaan yang tetap. gaji yang setimpal. dikala teman yg lain struggle utk mencorak masa depan, saya mampu tersenyum lega.
5. saya bersyukur kerana dikurniakan kakak2, abang2 yang bertanggungjawab. yang saya boleh bercerita rahsia, apa saja.
6. saya bersyukur ada broadband di rumah.
7. saya bersyukur suasana di tempat kerja yang best!
8. saya bersyukur saya dah timba banyak pengalaman dlm usia yang masih muda.
9. saya bersyukur di beri peluang masih terus bernafas sehingga ke hari ini.
10. saya bersyukur mak pandai masak. selalu masak yang best2 untuk kami sekeluarga. sehingga kami kenyang tersadai.
11. saya bersyukur dah ada kereta sendiri. tak perlu susahkan sesiapa ke sana ke mari. pengangkutan awam bukan lagi teman sejati. hanya perlu sesekali sahaja.
12. saya bersyukur ada laptop kompeni. boleh guna update blog, online facebook, check email, segala bagai. haha
13. saya bersyukur saya tahu masak. walau hanya untuk sesuatu yang simple. cukup untuk alas perut sendiri.
14. saya bersyukur mampu belajar sehingga ke peringkat IPT.
15. saya bersyukur saya tak reti bersosial yang tak sepatutnya. pulang rumah lewat malam. ziarah club sne club sini.
16. saya bersyukur saya tak merokok.
17. saya bersyukur bersyukur tak dijangkiti penyakit kronik.
18. saya bersyukur saya tahu hargai makanan yang enak2. boleh makan itu ini tanpa ada elergic. saya bersyukur nikmat makan saya tak ditarik balik.
19. saya bersyukur ada kawan sejati. yang boleh berkongsi susah dan senang.
20. saya bersyukur negara saya aman. boleh bercuti kemana2, bila2 masa tanpa perlu risau hotel akan di bom. negara dilanda gempa bumi.
21. saya bersyukur tempat saya selalu hujan. x der panas sepanjang tahun, yg akan buat tanah berdebu. jerebu tebal sampai kena pakai mask topeng muka.
22. saya bersyukur saya dah berpeluang menaiki kapal terbang!.
23. saya bersyukur hidup saya dipenuhi dengan cinta dan kasih sayang yang melimpah ruah.
24. saya bersyukur saya masih dara.
25. saya bersyukur saya dilahirkan dalam keluarga Islam.
26. saya bersyukur saya suka ayam.
27. saya bersyukur abah tak kawin lebih dr 1.
28. saya bersyukur tiada keluarga yang bercerai berai.
29. saya bersyukur saya dah dapat kesedaran untuk sambung master.
30. saya bersyukur diri ini disenangi ramai, walaupun x semua org.
31. saya bersyukur saya ada blog sendiri.
32. saya bersyukur saya suka dengar muzik yang tak menyakitkan otak.
33. saya bersyukur saya suka makan buah2an.
34. saya bersyukur ada hp nokia C7 yg saya beli dgn duit sendiri. boleh call ma & abah bila2 masa. boleh sms sesiapa juga di mana sahaja.
35. saya bersyukur boleh beli baju yang cantik2.
36. saya bersyukur saya selalu rasa takut, rasa bersalah kalau tak sembahyang.
37. saya bersyukur ada sedikit duit simpanan untuk diri sendiri.
38. saya bersyukur masih boleh menaip/menulis/membaca.
39. saya bersyukur boleh pergi audit di serata malaysia, sabah dan serawak. boleh melihat tempat orang, melancong ke tempat best, makan yang lazat2 for free.
40. saya bersyukur saya dikurniakan tahap kesabaran yg tinggi. masih boleh bersabar menaip senarai kesyukuran saya satu persatu.
41. saya bersyukur saya pandai drive kereta dan boleh bawak motor dengan selamat. dan ada lesen memandu jugak.
42. saya bersyukur ada 3 adik beradik, 2 abg ipar dan 4 anak buah yg havoc.
43. saya bersyukur saya tahu jalan di KL yg sedikit menyenangkan saya bl nk shopping.
44. saya bersyukur hp saya ada GPS.
45. saya bersyukur saya ada smart tag. x perlu nk beratur panjang2 lagi dekat tol bila balik kerja.
46. saya bersyukur jalan balik kg dah tar sepenuhnya. ada highway sampai ke jabor. dah jd 6 jam yang kalau dulu 8 jam.
47. saya bersyukur saya seorang perempuan. boleh pakai make up tanpa di cemuh. blh pakai baju yang cantik2. fesyen terbaru sentiasa ada.
48. saya bersyukur sbb sy tak boleh tgk hantu, pochong, segala bagai.
49. saya bersyukur ada rumah sewa yang lengkap. yg sy boleh berehat ketika penat seharian bekerja.
50. saya bersyukur saya suka shopping T_T
51. saya bersyukur saya suka roti canai.
52. saya bersyukur saya ada kawan kerja di CH. jd, saya boleh bercuti kesana bila-bila masa.
53. saya bersyukur saya tak suka barangan mewah yang kena bergadai kalau nk beli.
54. saya bersyukur saya suka budak2. kanak2. saya bersyukur naluri keibuan saya kuat. hahaha
55. saya bersyukur saya tahu berenang.
56. saya bersyukur saya suka baca buku.
57. saya bersyukur saya tahu erti penat.
58. saya bersyukur kerana saya reti bersyukur. masih ada banyak benda lagi yang saya syukuri tapi x blh di senaraikan kerana saya sudah penat.
59. saya bersyukur kerana dah senaraikan 58 senarai kesyukuran saya.
andai kata suatu hari nnti saya di uji, saya jatuh, saya berada dibawah dan ada di antara nikmat saya yg di tarik balik.. sekurangnya, masih ada sesuatu yang saya boleh kata, saya masih ada 58 kesyukuran!
BERSYUKURLAH!!