Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Monday, September 5, 2011

Aidilfitri 2011| familia


Assalamualaikum wbt. Salam syawal buat semua :)

raya tahun ni sedih sangat. x der gambar nak letak kat sini. bukan sebab langsung x bergambar tapiii kamera tertinggal kat kampung halaman :'( yang ada ni pun dalam henpong jer. tak perlah, at least better than never :)



masa ni kat K.Trg. bawak abang Ilman beli kasut raya. cerewet Subhanallah!.. tunjuk yg ni x berkenan, yg tu x berkenan. last2 tak perlah, biarlah dia pilih sendiri dia nk yang mcm mne. kita posing lagi bagus. dah siap nnti, jumpa yang berkenan kita bayar saja :)



raya tahun ni, kami tak buat lemang. tempah saja adala dalam 6 batang. tu pun tak abes :( lemang panas2, cicah sambal serunding makan sampai tak toleh kiri kanan dah :)



yang ni buat sendiri. buat sikit jer, tapi dari pagi bungkus sampai petang baru siap :D



manissnya pakai tudung. calon ustazah pilihan 2011 ni. mata bercahaya sebab baru lepas nanges.. ahaha





ni gambar petang hari raya pertama. ada budak muka sgt happy kira duit raya :)



her favourite sampul duit raya - Upin Ipin!



my first and last duit raya untuk tahun ni. x sangka dapat lagi :) tu pun nak ambik malu-malu jeww T__T'





raya ke-2. bergaya sakan nk pegi beraya!











raya ke-3. masing2 (anak-anak buah jer, maktehnya tak) sibuk nk pegi kenyir nk posing mcm raya tahun2 sudah. maktehnya layankan ajer. lagi sekali posingg terrbaik kami ada dalam kamera yg ketinggalan di kampung halaman :)



hey soul sister!

***

raya ker-5. the whole family pegi berpicnic kat Air Terjun Lasir, dalam 2 jam perjalanan naik boat. at first, kami bercadang nk pegi Redang. tapi ada pulak yg risau mabuk laut plus mahal pun mahal (rm 1K/boat tak tambah makan minum snorkeling etc etc), kami decided tukar plan. pegi Kenyir jer. yang ni kami sewa houseboat- 2 tingkat. lengkap ada dapur, 6 bilik tidur, living room (siap tv, astro, karaoke) baru rm600/day :)







ready for the adventure! :)



kami angkut semua. yang tua yang muda yang nakal yang baik yang banyak cakap yang banyak ragam yang diam sajer :D



yang ni Chef Fatimah. walau di rumah atau di tengah tasik, dia memang suka masak. me mmg suka sebab rasanya masakan my mom lah yang paling best dalam dunia.heheee



tak sabar



kekaguman! dann x sabar nk terjunn jugerrr!! :)











f.r.i.e.n.d.s.h.i.p
semoga kekal selamanya yeRR!!



ni my favourite. Iddya and Ki

-

eh ada lagi 1

EHEM EHEMM EHEMMM






Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin :)

Wednesday, August 24, 2011

Aidilfitri 2011| selamat hari raya, maaf zahir & batin






Alham
dullillah. Ramadhan dah pun sampai ke penghujungnya. perasaan tu bercampur baur. ada suka, terkilan, sedih, gembira semua ada. rasa suka sebab Alhamdulillah, aku dah berjaya abeskan 23 hari (setakat hari ni) puasa tanpa rongak2 sehari pun - and hopefully kekallahh sampai ke 29 ramadhan, InsyaAllah :) terkilan sebab tak sempat/lagha tak nak manfaatkan semaximum mungkin ramadhan dengan amal ibadat. terawih pun selang2. tadarus jarang-jarang. sedangkan, sepatutkan bulan ni la segala amalan tu patut digandakan, harap2 jumpa Lailatulqadar. sedih sebab mungkin ni lah tahun last kita dapat bersua Ramadhan. ntah sempat ke tak tahun depan nak berjumpa lagi :'( dannn rasa gembira tuu mestilah sebab nk raya! :)) lepas sebulan berpuasa ni la masa untuk kita meraikan semua ni. hari kemenangan. InsyaAllah, blog ni akan ditutup ke satu tarikh yang tak pasti bila, tp yang pastinya lepas raya laa.. so dikesempatan ni, aku nk ucapkan


"selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. kalau ada sepanjang berblog ni aku dah sakit kan hati saper2, terkutuk yang sengaja atau tak, aku nk mintak maaf banyak2. sesungguhnya apa yang baik itu datang dari Allah swt dan yang buruk tu dtg dari kelemahan aku sendiri.


dalam kita leka menyediakan persiapan, janganlahh sampai membazir. biarlah besederhana. beringatlah untuk kehidupan lps raya nnti jugak. x kan lah lepas tu tiap2 hari nk pegi open house rumah orng kan? istilah biar papa asal bergaya tu dah so yesterday. today's - less is more! :D dan kalau ada rezeki lebih, eloklah dikongsi dengan golongan yang kurang berupaya kurang mampu. pada adik-adik, abang-abang, bapa-bapa, pakcik-pakcik serta akak-akak please, jangan lah main mercun. (tapi, yang aku perhatikan biasanya yang main mercun lepas tu yangg pandai sangat nak modify bagai tu lahh yang paling banyak meletops tu. kudung jari, kudung kaki, buta sebelah. kalau main yg mmg dh sedia ada tu.. jarangggg) apepun, malang tidak berbau. mende-mende macam ni lebih baik kita cegah dari mengubati. kepada yang memandu utk balik ke kampung halaman pulak, berhati-hati di jalan raya. amalkan pemanduan yang berhemah, bertolak ansur dan saling menghormati. tolonggglahh jangan potong barisan. semua org pun nk cepat sampai kot. InsyaAllah mak, ayah dan family kita sabar menunggu di rumah/kampung halaman. so tak perlu lah nk rushing2, ok?? pandu dengan cermat, ingatlah org yang tersayang. eh ada pantun nak share

padu cermat jiwa selamat,
pandu laju kepala lumat.


pagi-pagi raya tu jangan lah nk mengadap rancangan menareks kat tv tu aja. time-time ni adalah lebih baik melawat sanak saudara, rakan taulan. time ni jerlah semua org balik kg. nk berkumpul, bersalaman, maaf-memafkan. tak kan tu mase ni pun nak tunjuk liatt #ditujukan buat diri sendiri. hehee


akhir kata, selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin, selamat makan ketupat, lemang, rendang, serunding, semprit, almond london, tart nenas, mama carry, nasi minyak, nasi tomato, dodol, sup tulang, kuih siput, sarang semut, sate etc etc etc perghhhh *lap air liur! semoga kita akan terus diberikan kesempatan untuk bertemu Ramadhan dan Syawal di tahun-tahun akan datang. InsyaAllah."

ya Allah, panjang nyer ucapan. pheww!!! :)


saya balik kampuang hari Jumaat26 August 2011. YEayyy!!!! *tak sabar*