Showing posts with label perasaan. Show all posts
Showing posts with label perasaan. Show all posts

Wednesday, March 2, 2011

urusan jodoh

perghhh, berkurun citer ni terperam dlm list, x publish2..


OK. hari ni nak citer pasal jodoh. ejaannya begini in J.O.DO.H. kalau di google, mmg banyak laa definisi2 yang terbaik utk jodoh ni. tp kat sini, meh aku bagi definisi versi diri aku. ayat yang aku paham sendiri tentang jodoh. jodoh bagi aku adalah pasangan- samaada lelaki atau perempuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT yang akan saling melengkapkan antara satu sama lain sehingga ke akhir hanyatnya. bukan hanya teman di kala suka, malah teman di waktu kesusahan, kedukaan. seseorang yg boleh menyembunyikan kelemahan pasangannya, hanya dengan kelebihan yang ada padanya. dikurniakan perasaan belas kasian terhadap pasangannya, sanggup melindungi, menyayangi dan mengasihi dengan sesungguh hatinya. ohhHH, so suweet manissnyerr kan pengertian jodoh bagi aku?? ahahaha

dalam memilih pasangan, semua org ada ciri2 tertentu yang di idam2 kan tentang partner mereka. mahukan yang cantik, yg sempurna, pandai dalam pelajaran kerjaya, tahu jaga diri, bertanggungjawab etc etc sumer lagi yang baik2. tapi mcm aku cakap td, usrusan jodoh ni kerja Tuhan. dia dah tentukan uktuk kita sume. kita berhak untuk memilih, men demand nk yg mcm mne. tapi last skali, bergantung jugak dengan apa yang di tetapkan olehnya. walau sesuka mana pun kita pada dia, tapi kalau dia bukan jodoh kita x boleh jugak nk bersama-selamanya. walau dah kawen sekalipun tetap bukan jugak jodoh kita, bercerai berai jugak. haa.. tu nama dia jodoh tak panjang lahh tu. cuma kita sebagai manusia ni, walau sesuka mana pun kita pada pasangan, kita tak boleh nk tentukan dia lah pasangan kita. walau dah nk kawen sekali pun, majlis dah arraged tok kadi dah sampai pun kalaubukan jodoh, x kawen jugak. sbb tu la bila ada kisah pengantin lari laa, pengantin kemalangan la, tu sume sebagai alasan jer nak kaitkan cerita. sebab sebenar pastilah sbb jodoh tu tiada. setengah org bercinta sejak dr zaman sekolah, lanjut ke universiti sampai la ke zaman kerja. tapi bila nk kawen tup2 kawen dengan org lain. tu la salah satu sbb bukan jodoh. 1 tulang rusuk yang patah tu bukan kepunyaan si bakal isteri. tapi ada sesetenagh org pulak, berkawan x sampai 3 hr kadang2 langsung x kenal, pilihan keluarga boleh kawin lps tu bahagia samapi mati. sekali lagi, itulahh jodoh.

mesti korang tertanya2 kan. apesal aku cerita pasal jodoh pulak tiba2 kan? hehee sbb aku dpat msj. tentang kawen lambat. katanya kawen lambat tak ikut sunnah nabi. ada ke pulak..

soal kawen ni kan bukan kita yang blh tentukan bila, dgn sapa. tu sume kerja Dia. kita hanya mampu merancang. tapi yg tentukannya, mestilah yang kat atas sana tu. jgn pandang rendah pada yang 'sedikit' berusia tapi belum kawen2 lagi sbb nun dia atas sne Dia dah rancangkan sesuatu yang terbaik buat kita semua. bila dah kawen awal pula, dapat suami/isteri yang diimpikan, saling becinta, punyai anak yang pandai, cerdik, pintar, comel jgan la pula mendabik dada. bangga dengan kepunyaan lantas perolok-olokkan pada yg tiada. x baik. tu semua hanya pinjaman. kita tak tahu sampai bila. kalau dia nk tarik balik, bila-bila masa jer. yang penting bersyukurlah. jaga sebaik mungkin selagi masih ada. jgn suka rendah2 kan org. sbb x semestinya dah tua x der yang bercerai berai walau kononnya dah tahu semua pasal pasangan, kenal luar dan dalam. alasan: tiada keserasian. beralih arah.ishh nauzubillah!

berbalik kpd sms, jgn di pressure org yang belum kawen. kerna takut nnti tersalah pilih. kalau di tanya pada semua org, semua org pun nk kawen kot. yang normal laa. yang x normal tu, boleh terus tolak tepi. x guno.. hihi. semua org nk bahagia. punyai isteri yang penyayang, suami yang bertanggungjawab, anak2 yng menyerikan keluarga. cuma nya, bila? dgn siapa? wallahualam.. tu sumer bukan kerja kita. tp sungguhpun tu semua ada lah takdir, x boleh la kita pun nk berserah semata2. kena jugak la berusaha. berusaha mencari. kalau dah x daya sangat mintak la tolong kawan2 cucuk kan jarum, kaum keluarga kenen2 kan.. dah agak payah sgt, pegi jer la agensi mnecari jodoh tu. tapi aku x percaya.. hahaa. jgn nk memilih2 sgt. nk yg sempurna ja, cantik bergaya. sbb mne la ada manusia yg perfect kat dunia ni, punya segala-gala. terima la kelebihan dia sebagai rezeki, hadapi kekurangan dia dengan rela hati.

eh panjang pulak aku mengarut. jadi sebagai kesimpulan, yang belum kawen tu berusahalah mencari jodoh anda. kalau dah jumpa, jgn terlalu memilih walau memilih tu perlu. kang x pilih langsung main tangkap muat jer pun payah jugak. huhu. pada yang dah kawen, jgn pandang rendah pada yang belum. jgn nk dabik2 dada. bagi dorongan kat dorang (eh, kitaorg sbb aku pun belum kawen jugak! hehee), jgn nk tahu menyakat aja. kadang2 kita nk bergurau, tersentuh pulak isu sensitif. tu yg payanhh tu. yang dah couple tu pulak kawen la cepat2. bercinta lepas kawen kan lebih indah. life is short. make it sweet.
"To make something special, you just have to believe it's special"


Saturday, February 19, 2011

bolehkah masih seperti dulu

bila ada sahabat memerlukan pertolongan, tp dgn berat hati ko tak boleh nak tolong. maka, dlm persahabatanbolehkah masih seperti dahulu?

bukan tak nak tolong. bukan tak bersimpati. bukan juga hanya nk berkawan masa suka2 jer, time susah biarkan dia sorang2. bukan niat tak nak ringan kan beban. bukan tak tahu dia pun terpaksa. bukan tak rasa bersalah. tapi..aku dah tanam dalam diri aku. tiada lagi selepas ini. cukuplah sekali aku terkena. biarlah pegangan tu kekal dlm diri aku. andai kerana ini, nilai persahabatan abes di sini, pudar tiada seri, aku redha.. sbb, masing2 ada cara dan tanggapan sendiri.

jauh di sudit hati, aku rasa ralat sangat... knp aku selalu diuji?

"Allah tidak membebani seseorang, melainkan apa yang terdaya olehnya" ~ Al-Baqarah ayat:286

Friday, November 12, 2010

meroyan



a: tiba2 plak rasa menyampah
b: apesal?
a: entah!
b: dia dah buat apa?
a: entah!
b: x kan la tiba2?
a: perasaan tu datang sendiri.. eei, sebok la nk tahu. nk tanya macam2. pegi saner laaa!!


ni semua mungkin kesan dr sifat x betul, cemburu membabi buta, mudah terasa, cakap sikit x kena, cepat benar nk merajuk plus ntah apa2 lagi tu laa...

aiseh, apesal ni??? dia bukan siapa-siapa laa..

Tuesday, November 9, 2010

bermalas-malasan

1st day @ ofis lepas cuti panjang. 4 hari tanpa balik kampung. 4 hari bermalas2an. 4 hari bersenang lenang. 4 hari bersenda loka..

ohH.. cuba la bayangkan tahap kemalasannya! nk mengadap report yang buat mse ni (10:36 am) folder nya pun x buka lagi!! :) . dari pagi duk blog hopping, check email sana sini.. lepaking, update issue semasa, gossiip2.. uhH sungguh heaven!!

tapi kadang2 rasa sunyi jugak.. ramai yang tiada kat ofis, masing2 dengan audit assignment! ;(

gambar lame, glitz nite ~ July 3rd, 2009



ketika semua masih ada..



tinggal kenangan..



lets share :)



more



and more



and more





last but not least,





erm, whom I miss most??
*thinking

Saturday, October 16, 2010

Hapus Aku by Nidji

yakinkan aku Tuhan, dia bukan milikku

-___-"

Monday, October 11, 2010

hati oh hati

selalu pesan pada hati, jgn cepat ambil hati. tapi hati selaluuu degil. perasaan tu selalu sgt datang. knp mesti nak hadir? kenapa perasaan tu selalu sgt muncul?.. bila dah mcm ni, mula la bermuka-muka. depan cakap lain, belakang masam muka.. haihh. kenapa mesti nk iri hati, cemburu x kira masa? kamu bukan ada apa-apa. dia pun bukan ada apa-apa. dia jugak bukan siapa-siapa...

aduhai hati..cubala faham!!!

*from ipoh with love*