Showing posts with label UiTM Jengka. Show all posts
Showing posts with label UiTM Jengka. Show all posts

Sunday, December 26, 2010

Pergi Tak Kembali

bila dah sampai janjiNya, sesaat pun tak boleh nak tunggu. tak mungkin boleh nak lengah, tak mungkin boleh di tangguh. cuma doa dan harapan, semoga segalanya berlaku dalam rahmat dan lindungan Ilahi. hari ni, 26 Dec 2010 aku telah kehilangan seorang lagi sahabat. perginya tak mungkin kembali. Allahyarham telah pegi akibat kemalangan jalan raya, meninggal seorang balu beserta seorang bayi dalam kandungan, berusia 3 bulan.

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

buat isteri dan seluruh keluarganya, semoga tabah menghadapi pemergian yang tersayang. jadikan pengkebumian nya ini sesuatu yang indah untuk di kenang. setiap orang pasti akan mengalaminya, cuma beza cepat atau lambat sahaja. namun, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

buat Allahyarham Mohd Azwa, semoga tenang di alam sana dan semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. amin. Al-Fatihah~

Sunday, December 12, 2010

majlis perkahwinan di sungai koyan




sabtu 11/12/2010 @ 6.30 pm. managed to go to Kuala Lipis untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan seuniversiti, atone dan azri. majlis perkahwinan ni sebenarnya esoknya, tapi oleh kerana perjalanan yang mengambil masa hampir 3 jam jadi kami decided utuk pergi awal sehari. sampai Lipis lebih kurang pukul 9.00 mlm, terus gi makan sebelum menumpang di rumah my bestfriend, saza..


ikut perancangan awal bersanding pukul 12 tgh. jadi kami bertolak dlm pukul 11.45 a.m dr rumah saza. sampai sana- hajar, laili dan kak ila dah ada. tapi sempat jumpa laili kejap jer, sbb dia ada hal lain pulak lepas tu. namun, sempat jugak snap gambar ;)





ramai jugak yang datang. selain saffiza, saza, kak ila dan laili ada lynn, yieat, budi, anisah, amir, salina, bunga, azhar sepit, anyah dan suami, munirah hapizah dan juga si pengapit, kamarul zaman.eh, pekan dan ah kim pun ada juga! tapi malangnya, -x semua ada dalam gambar ;(







hari super duper panas! badan abes melekit lekit. dapat pulak air sirap yang super sejuk, huihh mmg nikmat x terkata. last2, abes sumer sore serak2 basah. tapi yang penting, kami posing sesama sendiri lagi banyak dari pengantin! -_*









macam-mcam pose. macam-macam gaya. bergossip x payah nak cerita laa. pantang ada peluang. selit aja kisah2 baru, kisah2 lama.. ohh, suweettnya bila sesekali dapat jumpa kawan lama. berkumpul, x yah fikir pasal kerja. cerita, cerita, lps tu makan. dah kenyang- gossip. sambung cerita lagi. lapar balik, makan lagi. cerita lagi. x pernah abes.. aduhai, bila nk rancang reunion nih guys??




oh chikkk~ how we wish u was here! sob sob




kepochee pengapit ~ translation: pengapit yang kepoh"


ah kim yang bila bergambar x pernah nak diam. x pernah nak serius.. hakim, ko mmg betol2 mcm yassin senario la. kaki lawak no 1. mcm mne la bila nk marah ko ek? naseb ko la lynn. jangan sampai sakit jantung sudehh.. hehe



ah kim versi 1#



ah kim versi 2#




ak kim versi 3#
cukup. cukup. cukup la sampai di sini.


Cik yieat pun datang juga bersama budi. berseri2 muka. mungkin sebab pembawakan budak. bunting pelamin. i'm soo happy for both of them. insyaAllah, dimurahkan rezeki nnti aku pun berpeluang juga untuk merasai pengalaman tu semua.. InsyaAllah~




my bff sejak diploma sampai ke degree dan terus hingga sekarang. InsyaAllah untuk masa2 akan datang juga. suatu ketika dulu, kami memang nakal. sekarang masih lagi. cuma nakal lebih kepada versi sopan. eh, ada ker versi sopan?? hehe





last but not least, ni la saza.. my hot malatopss super bestfriend!



lepas ni majlis kawen saper plak ek?? who's next guys??

Monday, June 21, 2010

UiTM Jengka in memories


**rindu sgt2 nk jumpa kamu semua**