Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tuesday, April 24, 2012

Tips : Kekalkan Kebersihan Karpet Kereta


Caranya: Naik kereta, kasut tinggal kat luar. Lol

Saturday, August 13, 2011

Tips : Tukar Tayar Kereta

Tayar botak. tayar botak tu apa? begini. perhatikan tayar kereta kita. antara satu corak (bunga) ke satu corak (bunga) yang lain tu ada penyambung (gap). sekiranya gap antara bunga-bungaan tu dah sama rata, tu maksudnya tayar kereta kita dah botak.bunga sume dah abes haus kena geseran, so dia jadi licin jer. ibarat macam orang botak lah, kepala dia licin jer takde rambut. macam tu jugak la tayar kereta. ehh?


1. biasanya tayar akan jadi botak lepas 3 tahun atau bila km mencecah angka2 tertentu (angka tu makcik tak pasti.. muahaha). bergantung jugak pada jalan yang kita guna kot. botak ni pun ada macam2 botak. kalau botak kat tengah tapi kat tepi2 ok lagi, tu maksudnya tekanan tayar adalah terlalu tinggi. dan kalau botak kat tepi jer kat tengah maintain tu maksudnya tekanan tayar rendah. sekiranya botak/haus kat luar jer tu maksudnya tayar kita terlalu masuk ke dalam dan kalau tayar haus kat bahagian luar, kena betulkan alignment. tapi kalau haus tidak sekata, mungkin juga dia dahaga. eh tak, tu tandanya absorber kena ganti baru.




tayar aku botak macam ni. apa eh tanda dia? ok.. tanda dia nk tayar baru untuk raya :(


2. lapas tayar dah botak, (eh silap, hampir botak) korang, korang dan korang kena la sediakan budget untuk tayar korang tuee T___T. kalau budget tinggi, beli la tayar baru. kalau tak boleh la beli tayar second hand. tapi tak digalakkan sebab biasanya tayar second hand ni senang meletop. macam tayar lori tu, berkecai jadinya. kalau pandai cari x per ah


3. pastikan saiz tayar betul dengan keupayaan kereta kita. sbb kalau kita guna lebih drpd keupayaan kereta kita, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tak bagi bacaan yg tepat, semua peralatan penyerap hentak akn lebih pendek jangkahayatnya dan yg paling penting, minyak pun cepat habiss. jadi, mcm mne nk tentukan saiz tayar kereta? saiz ni ada tulis kat tayar tu sendiri.


185/60 R14 82H. nampak tak? tu maksudnya:


185 - lebar permukaan bawah tayar 185mm%
60 - 60 ni bermaksud nisbah tinggi permukaan tepi tayar ke rim adalah 60. 60 tu 60%***
R - jejari type R
14 - saiz tayar 14"
82 - tayar ni boelh tampung muatan 475 kg jer.
*kalau 71 = 345 kg, 125 = 1,677 kg
H - kelajuan max bg tayar ialah 210 km/j.
*klu bwk laju dr limit, sifat fizikal akn berubah & tayar mungkin xkn berfungsi dgn baik.
*klu S - max 180 km/j, T - 190 km/j, U - 200 km/j, H - 210 km/j, V - 240 km/j, Z - melebihi had laju 240 km/j, W - 270 km/j, Y - 300 km/j, dan ZR - untuk tayar yang mengatasi kelajuan 270 km/j atau lebih.


4. kalau dah tahu saiz tayar masing2, mase nk beli tu perhatikan ada no 4 angka pada tayar. ni bukan no kekuda ke, magnum ke atau no 4D yer. 2 no didepan tu menunjukkan minggu tayar tu dikeluarkan & 2 no lagi kat belakang tu tahun keluaran. so, lepas ni kalau ada mne2 kedai yang jual tayar murah tu kena aware yer takot2 dia jual tayar lama. sebab kalau guna tayar dah tamat tempoh kemungkinan tayar tu senang meletop kalau bawak laju2.




ok. ni tayar baru aku. 3011. maksudnya minggu ke 30 tahun 2011. mggu ke 30 bersamaan dengan bulan tujuh. perghh bau kilang lagii laa.. hehee


5. jangan malas. kena survey banyak kedai unless kalau korang dah tahu kedai favorite korang. macam aku pegi 5 kedai jer. x daya puasa2 nk survey banyak2. tapi oklah kedai yang ke5 aku jumpa yg paling murah, terus setuju. survey ni penting tau. tadi, kedai sebelah-sebelah jer pun tapi boleh beza sampai rm 20 sebijik tayar. giler x lojik betul! ko sebelah-sebelah jer kot. gi la tanya ko jual berapa, dah tu aku nak jual berapa. kan dah sah2 org x beli kat kedai ko. ker ko gaduh?? huhuuu



2 kat kedai atas jual tayar yg sama dgn harga RM160. 1 jual rm 190 dan 1 lagi jual rm 180. kedai yang jadi pilihan aku, adalah kedai yang bawah sekali tu. paling murah sebab dia jual RM 152. so untuk 2 biji tayar aku dah jimat sebanyak RM 18. muahaha. hebak tak aku?? rm18 boleh pegi bazaar ramadhan 2 hari kot :)

6. tentang jenis tayar pulak, bergantung pada masing2. kebanyakan orang suka tayar dr jepun. dan dah pastilah harganya lagi mahal dan tayarnya pun lebih lembut. lebih lembut kerana kena dgn cuaca mereka hak iklim sederhana tu. kalau kat malaysia, tayar lembut mmg akan cepat haus. tayar bising pulak bergantung pd bunga tayar. bunga rapat- senyap tapi x sesuai dengan jalan yg basah. bunga kurang rapat- bising, tapi lebih mengcengkam kalau jalan basah. so, kalau kita nk tayar senyap kena berhati2 sket ah masa jalan hujan.


7. dah pilih tayar yang sesuai & harga yang berpatutan, maka tayar pun ditukar.




8. 1 lg, jangan lupa tanya tentang harga alignment segala. sebab harga ni pun berbeza ikut kedai. ada yang rm 10. ada gak yang rm15. paling best rm20 pun ada.. huhu dahsyat la. padahal menda yang sama jer kot. biasanya balancing free. eh, apa beza balancing ngan alignment eh? ntah aku x tahu. len kali pulak kita buka topic tu eh :)






alignment = rm 10

9. last sekali, tayar ni sebenarnya kena tukar kedudukan dia 3 bulan sekali ( ohh yess, ni aku baru tahu). caranya, tayar depan kiri ditukar ke tayar kanan belakang dan tayar kanan depan tukar ke kiri belakang. tayar spare tu pun kena masuk dalam rotation tu jugak tau.


*** sumber dari http://www.bridgestoneselect.com.au/LearnTyres/Readingyourtyresize.aspx [thanks en. L sebab betulkan!] :))


akhir sekali, semoga tips2 di atas membantu, selamat menukar tayar! :) pandu cermat, jiwa selamat.


#oh lupa nk cakap. td aku dapat reward, upah selalu sgt langgar lubang. chamber kit kena tukar sebab kalau tak, tayar x balance masa buat alignment. huhu rm60 hengget tuu. kena potong duiit raya la nampaknya :'(