ada banyak menda nak taip ni. tapi tak tahu nk start dari mne. tu laa bila dah tangguh tangguh tangguh ni, lama2 lupa teruss. sedangkan sebenarnya, mende tu sgt lah suwitt like sugar so kena cerita, kena tulis kat sini kalau tak nnti lupa bila nk cerita balik kat cucu2 kisah nenek dorang masa zaman muda zaman remaja dulu.. eh?
IKLAN JAP
pernah tak korang rse kecewa dengan kebenaran? walaupun kebenaran tu mmg dah dijangka punn. dah di ramal dari awal. tapi selama ni cuba utk di tidakkan. cuba tak nak percaya sbb.. ntah, sbb apa ntah gatal pulak tanak percaya. jeles kot? tak der langsung sebenarnya. ntah la, saje jer kot. sebab x suka x suka x suka.. hahaha. giler mood meroyan dah mai dahh. pangg sekali laju2 baru tauu. pernah x? x pernah ek? yerlah yerlah aku tau.. korang jenis yang terima kebenaran. berpijak di bumi nyata. ok x der x per. biar jer lah aku sorang2.. muahahaha
IKLAN TAMAT
mggu lepas aku gi PD, Pantai Peranginan Negara. tanak la komen pasal pantai dia. sbb aku x pegi sgt pun kat pantai dia. lalu2 jer tu pun dah berbahang panas ya ampunn. lgpun, bg aku pantai kat Terengganu lagi cantik. aku nk citer pasal kedai makan dia. sungguh mengecewakan. ada la satu kedai ni. kedai kat tepi pantai (dah terapung sikit pun sebenarya), suasana best giler, ombak menderu memukul pantai, angin bertiup sepoi sepoi bahasa. tapi makanan x sedap langsunggg. ok aku tipu, air masak dia best! sirap selasih dia pun best gak! eh, makanan kah ? dah la x sedap kurang sedap, mahal pulak tu. kalau sedap lain cerita laa. aku ni ada jenis penyakit sikit, kalau sedap mahal mcm mne pun aku bayar jer. duk diam2. tapii kalau x sedap, walau 50sen sekalipun aku akan mengungkit! perangai huduh betul. sbb aku rasa x wajar dorang buat mcm tu nak cr untung semata sedangkan buat keje x semenggah. tapi kadang2 kena consider jugak la, sbb sedap tu subjective. apa yg aku rse sedap, mungkin x bg org lain. mende yang org lain kte sedap malatopss tu pulak mungkin x kena dgn lidah aku.. kan ker Tuhan tu dah adil, di ciptakan kita manusia ni berlainan, bermacam2 citarasa. kang sume duk suka mende yg sme kang, payah pulak. berebut la kome nk mende hak sme jer..
ok fine. sedap tu subjective. tapi ni nak citer pasal material bahan-bahan nyer pulak. tak kan la ni pun subjective jugak? ada dua option je pun kot, segar ngan x segar, x kan tu pun x boleh beza. kalau dah sotong tu dah berbau, udang tu dah lembik, segar lagi ker tu namanya? sedangkan ikan masin yang dah bergaram tu pun boleh berbau, hellooo mcm ni ker ko serve pelanggan?. tom yam dah la rse ntah hape2. ok fine lagi sekali. sedap tu subjective ikut lidah masing2. ok. sekarang sumer pakat tutup mata. bayangkaann (eh kalau dah tutup mata, camane nk baca?) ok. takyah tutup mata. bce jer la macam biasa. mlm tu kami order tomyam, sotong masak sambal, ikan bakar, dengan kailan ikan masin. lauk yg biasa jer kot. dah kate dtg tepi pantai kan. mesti la order seafood. kalau pegi taman negara order mende2 mcm ni lain cerita laa.
first, tomyam sampai dulu. perghh letak dalam bekas tembikar lagi. ok fine. at least 1st expectation ktorang tinggi gak la bila sampai lauk ni. cepat pulak tu. x yah tunggu lama2. bila tengok dalam, ada isi ketam, 2 ekor udang yang bukan calang2 besar punya, sotong, isi ikan berselirat.. ok puas hati! belum rasa. diulangi belum rase. nasi, udang sambal, tom yam dgn kailan ikan masin sampai dah. tunggu ikan bakar jer lagi. sambil2 tu rse la dia punya sotong sambal, ok la boleh tahan. sotong sambal ok, mesti la lauk lain pun ok kan. bila ikan bakar sampai, start la makan. dah makan 2 suap ada la hak berbunyi:
A: ikan dia berbau la. korang ada bau tak?
B: bau mende? x la. ok jer aku rse..
A: yer ker? apesal aku sorang jer rse ni? ko bau tak?
C: x der bau pulak. tapi ikan dia lembik skett.
A: jap aku rse lagi. (sambil amek ikan bakar, rasa lagi) hurm ok pulak. mungkin part2 jer kot yg bau.
B: bau mende? x la. ok jer aku rse..
A: yer ker? apesal aku sorang jer rse ni? ko bau tak?
C: x der bau pulak. tapi ikan dia lembik skett.
A: jap aku rse lagi. (sambil amek ikan bakar, rasa lagi) hurm ok pulak. mungkin part2 jer kot yg bau.
(Note: C tu aku.. haha)
dah lme sket makan, baru la discover rupanya, kailan ikan masin tu yg berbau. maknanya ikan masin dia dah busuk. yang guna untuk goreng kailan tu dah busuk, dah basi. apekah?? aku x tahu laa rse dia mcm mne, sebab aku x makan kailan.. hehe. tapi tomyam aku makan ok. meh sini aku nk review betul2. betul2 punya review. kaw kaw punyaa... mula2 hirup kuah, muka dah berkedut dah. x sedappp. tom yam apekah ini. tapi SEDAP TU SUBJECTIVE. ok fine. then makan sotong dia. berbau okkk... busuk ketung! lepas tu kan aku kate ada udang 2 ketul yang besar2 punya tu aku bagi kat A ngan B sorang 1. aku amek ketam.. ketam dia mmg x bolehh blahh. ketam dia dah goreng dulu dgn tepung lps tu baru dia campak dlm kuah tom yam. aku rse ketam tu lauk tgh hari yg x abes kot, tu yg dia cmpak dalm tu jer tu. tanak membazir. lagipun nmpak la mewah sikit. *tu dia tanduk setan dah mai dah*. - bila insaf sket, mungkin ni resepi baru kot? ada eh org masak tom yam letak ketam goreng tepung dulu? aku jer yang x tahu eh? kesian aku kan? x amek tahu. lps tu tgk pulak udang besar punya yg dorang amek tu, lembikkk ok.. aduhh apekah nasib kami? knp kami diberi lauk2 mcm ni sedangkan kami bayar ok! huh
dorang ni kadang2 suka ambil kesempatan. sebab tu tempat pelancong, org datang sekali jer lepas tu x datang lagi, dorang terus buat ala kadar. masak asal boleh jer, nampak ada rupa sikit, jalann.. dorang patut sedar, mulut org ni bercerita. dan biasanya yang x best tu la yang lagi cepat org nk cerita (mcm yg aku tgh buat sekarang ni.. hehe). so dorang patut fikirkan potential customer dorang lebih dr yang pegi makan tu. kalau betul x tahu masak mende yg org order tu, cakap ikhlas. mende tu x der. kalau mende nk masak tu dah x elok, jgn cuba nk try2. kang sekali yg pegi tu sakit perut, haa i c u in court u know~
ni la lauk terpilih malam tu, yang telah dipersetujui bersama2 ketika mengorder
ni pulak tom yam bertuah tu. nmpak tu ekor udang sampai terkeluar x muat bekas lagi nk letak masukkan sekali. tu ketam pun ada tu. nmpak x bayang2 ketam goreng tepung sup tomyam T_T
ikan bakar sampai 2 sos - air asam dgn kicap. tambah kagum bila sampai, tp bila dah rse hurmm jawab la sendiri.. huhu

ni pulakk kailan goreng ikan masin busuk

dannn yang ni, review ikhlas dari kami:

dan
"sotong x fresh"

ok laa.. cukup la tu. biar org lain pulak review lps ni. eh lupa pulak nak abeskan niat asal aku malam ni.. "sahaja aku menaip tentang restauran ini - bukan lah untuk mengutuk, jauh sekali untuk mengumpat cuma untuk menyedarkan tuan punya restauran ini berubah lah demi masa depan yang lebih gemilang dan terbilang. hantarlah chef2 anda ke kelas2 masakan, nnti kalau sedap mesti lagi ramai yang datang. bila dah ramai yg datang mesti lagi banyak untung. nnti siapa yang kaya? kamuuu jugak - kerana saya suka makan yang sedap2 ajer"
restauran yang dimaksudkan adalah:
Restoran D'Terapung (Medan Ikan Bakar MPPD)
tapi kat resit kami dia tulis Restoran Hang Li Po. kat menu pun sme. oklahh, malas nk argue. sme jer kot dua2 restauran ni. nama jer lain. pemilik tetap kekal sama kot.dan inilah tempatnyaa

kami dah pangkah, anda cuba la rasa. once rse dia dah ok, bgtau aku balik yer :)
No comments:
Post a Comment