Wednesday, September 4, 2013

Review: Serai Empire Gallery (Part 2)

Baru-baru ni pegi makan dekat Serai, Empire Gallery sempena birthday Erwina dengan Sam. Dah lama tak makan kat sini, teringat-ingat pavlova dia :)


Happy birhtday Erwina & Sam! May Allah showers you His blessings and be in His protection, always. <3>
So, here goes the Food :)
























 Daging masak lada hitam..rasa lada hitam dia kuat menyengat. Sedap!

Tomyam putih. (Tapi.. gambar ni x rotate la pulak T_T)

Kerabu mangga. Crunchy, cukup rasa masam masin manis dan yang penting pedas.  

Pedas sampai keluar air mata, tapi masih jugak nk makan lagi. love-hate relationship ><

 Pavlova. Rangup, agak manis tapi ada strawberry and blueberry give balance to the taste. Makan sekali sekala boleh la. Selalu sangat, boleh kena diabetics.hehehe

Plus 3 air - ice lemon tea, banana smoothie & apetah satu lagi lemon grass something (x igt), total damage RM104. Okeylah, affordable :)

Selamat mencuba!







































































































































































Friday, August 23, 2013

Resepi : Udang Masak Lemak Cili Padi


bahan-bahan:

(1) Udang
(2) Cendawan
(3) Petai (kalau suka)
(4) Cili padi (mengikut tahap kepedasan masing2) -ditumbuk
(5) Serai - diketuk
(6) Bawang merah - ditumbuk
(7) Bawang putih - ditumbuk
(8) 2cm kunyit (okey tipu, aku x ukur pun. bahaha) - ditumbuk 
(9) Santan
(10) Sedikit garam

cara - cara:

(1) Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk dan serai kedalam santan, kacau hingga mendidih.
(2) Masukkan cendawan.
(3) Apabila cendawan hampir masak, masukkan udang dan petai. Tambah sedikit garam.
(4) Sedia untuk dihidang.

Easy peasy! selamat mencuba ;)

Wednesday, July 31, 2013

Review : Mi Udang Restoran Aur Gading, Sg Dua Penang, Penang






30 June 2013, Sg Dua, Butterworth, Penang

Mi Udang : (1) Tak Sedap (2) Boleh laa (3) Sedap (4) Sangat Sedap
Layanan : (1) Teruk Tak Mesra Nak Senyum pun Payah  (2) Suam-suam kuku (3) Mesra  
Harga :  (1) Murah (2) Berpatutan - harga bergantung pada harga pasaran udang, ketam, sotong etc (3) Agak Mahal (4) Mahal Gila nak Mamps
Pilihan Makanan : Selain dari mi udang, ada juga disedikan pelbagai masakan panas seperti nasi goreng,  sup etc. berasaskan makanan laut. Saiz hidangan agak besar, order 2 org makan  cukup utk 3 org.  
Suasana Restoran : (1) Bising (2) Santai - restoran dia agak besar, tepi sungai dan ada  juga disediakan tempat berhawa dingin (3) Exclusive    
Overall rating : (1) 1/10 (2) 3/10 (3) 5/10 (4) 7/10 (5) 10/10  adalah mustahil
Nak datang lagi : (1) Tak Nak (2) Datang Kalau Org Belanja (3) Mestilah Nak.


 Siapa-siapa yang nak try, boleh la ke restoren ni. Nah alamat:

Retoran Aur Gading,
Lot 228, Jalan Pengkalan Machang,
Titi Timbul, Sungai Dua,
13800 Butterworth, Penang.
Tel. No: 012-4667967.

*tak der komisyen pun :)

Sunday, July 28, 2013

Sun day


While waiting. 3★ Car Wash, Seksyen 23 Shah Alam.
July 28, 2013. Sunday.


Via samsung galaxy note II

Tuesday, July 23, 2013

resepi: bihun sup

 

bahan-bahan:

(1) - Sup
1. Bawang merah (dikisar)
2. Bawang putih (dikisar)
3. Halia (dikisar)
4. Stok ayam
5. Isi ayam
6. Sup bunjut
7. Bebola ikan / fish cake
8. Minyak untuk menumis
9. Garam (secukup rasa)

(2)
1. Bihun
2. Daun sup (dipotong)
3. Daun bawang (dipotong)
4. Bawang goreng
5. Taugeh

(3) - Sambal kicap
1. Cili
2. Bawang putih
3. Kicap manis
4. Limau nipis/kasturi
5. Garam (secukup rasa)

Cara-cara (1) - Sup:

1. Panaskan minyak, masukkan bahan2 yg telah dikisar.
2. Tumis hingga kekuningan.
3. Masukkan air, stok ayam, sup bunjut dan isi ayam. Tunggu hingga mendidih.
    Tips: masukkan akar daun sup dan daun bawang yg telah dibasuh bersih untuk menaikkan bau.
4. Masukkan fish cake dan garam secukup rasa.

Cara-cara (2) - Sambal kicap:

1. Goreng cili dan bawang putih sehingga sedikit layu.
2. Kisar bersama kicap manis.
3. Campurkan sedikit garam dan jus limau.

Cara hidang:

Masukkan bihun ke dlm mangkuk, ayam yg telah diracik, daun sup dan daun bawang yng telah dipotong, taugeh dan bawang goreng. Tambah kuah sup berserta sambal kicap mengikut citarasa.

SELAMAT MENJAMU SELERA! :)

Monday, July 22, 2013

Grow old with me. Let us share what we see.


Batu Ferringhi Beach, Penang. 29 June 2013.

Saturday, July 20, 2013

Homemade food is the best!




Selamat menunaikan ibadah puasa, berterawih jgn lupa dan elakkan pembaziran. Salam ramadhan 1434h ;)

Friday, July 5, 2013

Resepi Nasi Dagang yang paling mudah dan sedap


Tajuk tanak kalah.. bahaha

Assalamualaikum wbt

Sangat lamaaaaaa yg teramat sangat tak jenguk sini. Rasanya dh hampir setahun kot sejak kejadian yg tak diingini tu berlaku (terdelete satu folder gambar menyebabkan segala gambar kesayangan gebu gebis cantik menawan kat blog x blh view bukan kena censored yer kawan2. I is sad).



Apepun, past is past. Keep calm and move on ;)





Eh apa jadi dengan resepi nasi dagang yang paling mudah dan sedap?? Tunggu raya ok! What a great start. Menipu.

Sent via Samsung Note II