bahan-bahan:
1. Bayam merah
2. Cendawan tiram
3. Bebola ikan
4. Bawang merah (dihiris)
5. Bawang putih (dihiris)
6. Serbuk lada putih
7. Kiub pati ayam
8. Garam secukup rasa
cara-cara:
1. Panaskan air hingga mendidih.
2. Masukkan bawang merah, bawang putih, kiub pati ayam, serbuk lada putih dan cendawan.
3. Biarkan selama 3 minit dan masukkan bebola ikan serta garam secukup rasa.
4. Akhir sekali, masukkan bayam dan tutup api.
5. Tadaa.. sup dracula sedia untuk dihidang :)
No comments:
Post a Comment