Monday, May 30, 2011

resepi : ketupat sotong















bahan-bahan:

1. sotong (sederhana besar)
2. beras pulut
3. bawang merah
4. halia
5. halba
6. santan
7. garam
8. lidi


cara-cara:

1. basuh beras pulut hingga bersih. rendam bersama santan dan sedikit garam, selama 10 minit.
2. basuh sotong hingga bersih, buang semua lapisan merah. asingkan kepala sotong.
3. masukkan beras pulut ke dalam sotong, tinggalkan sedikit ruang dan cucuk dengan lidi yang telah dipotong pendek.
4. mayang halus bawang besar dan halia.
5. masukkan bawang dan halia yg telah dimayang bersama halba kedalam santan dan masak hingga mendidih.
6. masukkan sotong, tambah sedikit garam (secukup rasa).
7. tunggu 10-15 minit, sedia untuk dihidang.


selamat mencuba
xoxo :)

Monday, May 9, 2011

Tuhan lebih menyayangi


akhir2 ni aku banyak sangat terima berita kematian. hari khamis lepas, aku dapat call baby kawan aku meninggal dalam kandungan. usia 7 bulan. walaupun aku belum pernah lagi merasa pengalaman ada baby tapi aku dapat rasakan, hati ibu mne yang tak sedih bila baby yang slama ni ada dalam kandungan, dah rasa pergerakan dia tiba2 disahkan dah tak der. pagi2 pegi klinik, untuk routine checkup tiba2 dapat pulak berita sedih mengejut ni. tapi aku tahu kawan aku tu kuat. kalau aku, belum tentu lagi aku mmpu hadapi sumer ni. Nauuzubillah.


malam ni pulak, aku baru dapat tahu suami kawan aku meniggal. atas sebab2 apa aku tak tahu pulak. sebab satu mende yang aku perasan, aku mmg x pandai nk berbual pasal kematian dengan keluarga terdekat mangsa. aku takut aku tertanya soalan sensitif. biasa kalau terima berita kematian direct dr keluarga arwah cukup untuk aku ucapkan takziah dan banyakkan bersabar. nk tanya mcm2 bila meninggal, sebab apa mmg tak lah. tunggu jer la dia cerita, kalau x nnti2 la tanya kawan2 lain yang tahu. kawan aku ni baru jer kawen. x sampai pun lagi setahun. setahu aku baby pun x der lagi. tapi kalau dah otw, waulahuallam..



berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. easily said than done. yer aku tahu tu sumer. tapi sebagai kawan, x der apa yang boleh aku lakukan melainkan bagi kata2 semangat. semoga sabar dan tabah hadapi semuanya kenyataan, sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman, di golongkan dalam golongan para syuhada dan dijanjikan dengan syurga yang abadi. Aminn.


bila jadi sumer ni buat aku tersentak. buat aku terfikir, bila dah sampai janji Allah sedetik pun kita tak boleh tangguh2kan. semua ni hanyalah pinjaman. bersyukurlah dengan apa yang ada. jgn sesekali nk riak atau menunjuk nunjuk. takbur apatah lagi. sebab kalau Dia nk tarik balik segala nikmat tu, sekelip mata jer kita hilang semuanya. tapi aku - selalu jer leka. selalu sgt lupa, lalai. solat dilewat2kan, dapat rezeki lebih sikit jarang nk bersyukur. sedangkan kan aku lupa, duit lebih, pandai, ramai kawan tu pun sumer ujian Allah. Dia nk uji ingat lagi ker kita pada Dia bila dah senang sikit???


tapi setakat hari ini Tuhan tu masihkan sayang aku. sentiasa akan sayang walau sealpa mana pun aku. sebab tu mmg sifat Dia. maha penyanyang lagi maha mengasihani. Alhamdulilah, aku bersyukur masih lagi dikelilingi insan2 yang aku sayang, di kurniakan rezeki untuk terus bernafas di muka bumi ni. apa lagi yang aku inginkan? tapi tanda2 bersyukur, bukan lah dengan perasaan cukuplah pasrah dengan apa yang ada. kena la jugak berusaha. tapi haruslah berdasarkan cara-cara yang telah ditetapkan olehNya.




aku tak pandai nk bagi kata-kata sampai mata berkaca-kaca. tapi straight to the point, berubahlah demi kebaikan. semoga aku hari ini lebih baik dari hari2 semalam. dan semoga Dia lindungi hati aku dari melewat2kan perubahan ke arah kebaikan itu kerana..



"the man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th"




waulahuallam.. renung2kan dan selamat beramal :)