jangan muntah, ni cerita balik kampung lagi :)
pernah tak korang rasa macam yang selalu aku rasa bila setiap kali balik kampung musim perayaan? adoii, mmg x boleh blahhh. jalan raya sesak sesesak sesaknya seperti yg di jangka! yer lah, kan sumer duk pakat nk balik serentak..
ni nak share mase balik kampung CNY baru ni. fuhh, jalan sesak x ingat. mse nk balik kampung tu ok lagi, sbb cilok balik hr rabu. org belum start cuti lagi. lgpun time nk balik kampung, mesti la semangat tu berkobar2. jem, penat, panas segala macam cabaran halangan sumer tu kacang jer.. tapi, bila part nk balik KL semula tu yang ~perghhh x tahan. paling best, x tahan x tahan pun balik sini hari ahad gak. dah jangka jem, bukannyer nk balik awal dr sumer org pun.. sebabb berbalik smula pada perinsip~ cuti tu mesti guna sebaiknya. semaksimum mungkin. hikhikhik
jalan jem start dari tol Karak. x behenti sampaiiii laaa ke tol Gombak. mmg betul2 menguji kesabaran. kete gerak 2okm/j jer. jap jap behenti. jap jap break.. seb baik kete auto. kalau manual, mahu bengkak kaki. dah start ok sket pun lepas susur Bukit Tinggi. boleh la bawak 60km/j. break pun sekali sekali sekala jer. sbb dorang dah bukak lane sebelah. kurang kan lane menghala ke luar KL. tapi agak kesian jugak la, sebab x pasal2 jalan belah sne pun jam jugak.. x perlah, kita share sikit sorang. berat sama di pikul, ringan sama di jinjing. cubit peha kanan, peha kiri terasa jugak.. hihihi (elehhh, cuba kalau ko duk kat lane dorang, mampus sampai pagi la ko menyumpah.. huhu)
ni pemandangan kat tol Bentong. ada ker ruang ko nk menyelit?
No comments:
Post a Comment