esok cuti lagi. cuti sempena Maulidur Rasul atau sempena menyambut/mengingatkan hari kelahiran Rasulullah S.A.W. dan sebagai seorang Islam (muslim), tarikh mcm ni adalah sangat2 perlu kita semua ingat. bukan sekadar tarikh lahir sendiri, suami, isteri, gelfren, boyfren, ibubapa, anak2 malah sahabat handai sahaja. dialah yang banyak berkorban, yang banyak berjuang, yang banyak bersusah payah demi menyampaikan ajaran Islam yang syumul. demi menegakkan sebuah kebenaran. walaupun dicaci, dihina, diherdik, diancam namun berkat cinta dan kasihnya kepada Allah yang satu, ajaran dan kebenaran Islam tetap jua di pertahankan. itulah dia, Nabi Muhammad S.A.W ~ rasul tauladan, rasul ikutan sepanjang zaman. InsyaAllah.
Rasulullah dalam mengenang mu
Kami susuli lembaran sirah mu
Pahit getir perjuangan mu
Membawa cahaya kebenaran.
Engkau taburkan pengorbanan mu
Untuk ummat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hati mu menempuh ranjaunya.
Tak terjangkau tinggi pekerti mu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau Rasul mulia.
Tabahnya hati mu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al-Quran.
Kami sambung perjuangan mu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela.
Rasulullah kami ummat mu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingati mu
Dan kami cuba mengamal sunnah mu
*tentang lagu~ lagu ni dinyayikan oleh kumpulan hijjaz, dengan lirik yang cukup bermakna. teringat pulak mse nasyid zaman sekolah2 dulu..
Salam Maulidur Rasul untuk semua.
p/s: ni 1st time aku upload video. mcm x berjaya jer. kalau x video ni x der/x leh bukak, korang klik la kat YouTube yer. tajuk lagu Rasulullah by Hijjaz.. hehe