Sunday, November 13, 2011

my 26th



Alhamdulillah.. 26th and still alive.

may all the good things come to my way,
laughter and love, health and peace,
beauty and joy that never cease.

love,
hasliza

*lambat 10 hari dari tarikh sebenar*

Saturday, November 12, 2011

Resepi : Aglio Olio



bahan-bahan:

1. fettuccini/spegeti
2. capsicum (apa2 warna - aku guna kuning dan hijau)
3. cendawan butang dalam tin
4. udang (ikut suka banyak mana, lagi banyak lagi sedap)
5. cili kering (potong kecik2, lps tu rendam dlm air panas)
6. bawang merah (potong dadu)
7. bawang putih (potong dadu)
8. olive oil
9. kiub pati ayam
10. garam secukup rasa
11. daun parsley (dicincang halus)

cara-cara (1):

rebus fettucini/spegeti sampai empuk. sblm angkat, tambah sesudu olive oil (utk elakkan dr melekit bila dah sejuk nanti)

cara-cara (2):

1. panaskan kuali, masukkan olive oil, bawang putih & bawang merah.
2. bila naik bau (bawang hampir layu), masukkan udang, capsicum, cendawan butang dan kiub pati ayam.
3. menggelegak, masukkan fettucini/spegeti.
4. tambah sedikit garam, secukup rasa.
5. tunggu 3-4 minit, taburkan daun parsley dan angkat.
6. sedia untuk dihidang.

tadaaa.. dah siap. selamat mencuba!

Wednesday, October 26, 2011

Putu Bambu Special Juriah, Ayer Hitam


Korang pernah pegi Ayer Hitam? kalau pernah, pernah singgah beli putu bambu Ayer Hitam? putu bambu special Juriah Ayer Hitam to be specific. kalau tak pernah singgah mmg rugi! sebab putu bambu dia mmg sedapp






dah la panas berasap nk beli baru angkat dari periuk. bau kelapa, bau gula melaka dgn bau buluh tu mmg mengancam jiwa. pendek kata memang sempurna! ;)




mase aku pegi tadi, pekerja dia ada dlm 8 org. siap pakai uniform oren ok. dia ada buka 2 gerai tapi dekat2 lah. mula2 konfius jugak, kot2 lain-lain owner. kalau lain-lain, yang mne lagi sedap?. tapi bila dah tanya, 2-2 owner yg sama.harga dia - satu polistren (eh camaner eja?) ada 6 ketul = RM2.50. gambar dah beli, x sempat nk snap. buka jer, terus abes dalam sekelip mata. hehee


kalau korang belum pernah rasa lps tu dtg/duduk area2 sini, aku rasa korang kena rasa at least sekali. pastu tu barulah decide nk dtg for the 2nd time ke tak. pastu kalau rasa nak pegi tapi x tahu tempat, boleh ikut peta kat bawah






ok. peta ni aku lukis sendiri. i'm good at drawing kan? kahkahkah
kalau rasa nk gamble guna peta ni, silakan. kalau jumpa kedainya, korang mmg teror. kalau x jumpa, jgn cari aku. ok, bye!

Sunday, October 9, 2011

9.10.11

cantikkan tarikh hari ni? mesti ramai yg kawen hari ni neh. sekarang mcm dah jadi trend kan. nak kawen mesti nk pilih tarikh cantik2. senang nk ingat kot.

wlpn tarikh hr ni sgt cantik tersusunnya, tapi hari ni sama jer mcm hr2 biasa bagi aku. hr ni mungkin menareks sebab hari ni last kelas utk semester ni. tapi dalam hati masih lagi serabut. assignments melambak2. pening makcik pening.. x sabar nk abeskan semester ni, nk exam cepat2. tapi persoalannya, hoi ko dah sedia kewww?? hihihi.. hantuk kepala kat dinding laju2 T____T

berbalik pada tarikh td, 10.11.12 agak2nya dah ada yang chop ker?? *angkat kening laju2


-update dari dalam kelas, during presentation. keji kan?? ok bye

Wednesday, October 5, 2011

123 abc

testing 123
Sent from my Nokia phone

Tuesday, September 13, 2011

Ramadhan 2011| Alaa.. Kassim, Alai Melaka


buka puasa versi Alaa.. Kassim, Alai Melaka
11 Aug 2011 (khamis)

mase ni GCAD buka puasa versi berjemaah. 4 team kot join sekali. mmg sangat jarang dapat peluang macam ni. selalu kalau visit satu team ke hulu, satu team ke utara, satu team ke selatan :D ni masa sebelum berbuka. sbb makanan sumer dah tempah siap2, so kami berjimba dulu tgk sunset sambil hapdet gossip sbb dah seminggu x jumpa :p





hey ladies!





group photo :) *thanks Kamal sbb berkorban -tiada dlm gambar. muahaha!



sunset!



mase berbuka puasa :) nama kedai ni macam kelakar - Alaa.. kassim kat Alai. tempat ni mmg famous la untuk ikan bakar. same jer mcm Serkam ngan Umbai. tapi aku rasa kat sini lagi best. dann nasi lemak dia mmg superb! sedappp *teringat2



time to makan, makan dan makan. tak pandang kiri kanan dah masing-masing! :D





wweihh.. aku nk lagi lah! LOL



kenyang perut, suka hati ;)















last but not least :))



sebenarnya buka puasa ni x abes kat sini jer. lepas sesi ketat perut, gerak pulak gi rumah bard. maghrib kat sana lepas tu sambung makan durian, pulasan, rambutan ngan duku. kenyang to the max. then, baru gerak balik KL. x konvoi pun sebab masing2 dah kelam kelibut. wife call, anak call, mak call. ok mak call tu aku tipu. hahahaa

ohh sblm terlupa,





thanks organiser! susah2 arrange kan sumer. dari attendance ke menu ke logistic sampailah ke bayar sekali. terima kasih daun keladi, lain kali arrange lah lagi :D

Monday, September 5, 2011

Aidilfitri 2011| familia


Assalamualaikum wbt. Salam syawal buat semua :)

raya tahun ni sedih sangat. x der gambar nak letak kat sini. bukan sebab langsung x bergambar tapiii kamera tertinggal kat kampung halaman :'( yang ada ni pun dalam henpong jer. tak perlah, at least better than never :)



masa ni kat K.Trg. bawak abang Ilman beli kasut raya. cerewet Subhanallah!.. tunjuk yg ni x berkenan, yg tu x berkenan. last2 tak perlah, biarlah dia pilih sendiri dia nk yang mcm mne. kita posing lagi bagus. dah siap nnti, jumpa yang berkenan kita bayar saja :)



raya tahun ni, kami tak buat lemang. tempah saja adala dalam 6 batang. tu pun tak abes :( lemang panas2, cicah sambal serunding makan sampai tak toleh kiri kanan dah :)



yang ni buat sendiri. buat sikit jer, tapi dari pagi bungkus sampai petang baru siap :D



manissnya pakai tudung. calon ustazah pilihan 2011 ni. mata bercahaya sebab baru lepas nanges.. ahaha





ni gambar petang hari raya pertama. ada budak muka sgt happy kira duit raya :)



her favourite sampul duit raya - Upin Ipin!



my first and last duit raya untuk tahun ni. x sangka dapat lagi :) tu pun nak ambik malu-malu jeww T__T'





raya ke-2. bergaya sakan nk pegi beraya!











raya ke-3. masing2 (anak-anak buah jer, maktehnya tak) sibuk nk pegi kenyir nk posing mcm raya tahun2 sudah. maktehnya layankan ajer. lagi sekali posingg terrbaik kami ada dalam kamera yg ketinggalan di kampung halaman :)



hey soul sister!

***

raya ker-5. the whole family pegi berpicnic kat Air Terjun Lasir, dalam 2 jam perjalanan naik boat. at first, kami bercadang nk pegi Redang. tapi ada pulak yg risau mabuk laut plus mahal pun mahal (rm 1K/boat tak tambah makan minum snorkeling etc etc), kami decided tukar plan. pegi Kenyir jer. yang ni kami sewa houseboat- 2 tingkat. lengkap ada dapur, 6 bilik tidur, living room (siap tv, astro, karaoke) baru rm600/day :)







ready for the adventure! :)



kami angkut semua. yang tua yang muda yang nakal yang baik yang banyak cakap yang banyak ragam yang diam sajer :D



yang ni Chef Fatimah. walau di rumah atau di tengah tasik, dia memang suka masak. me mmg suka sebab rasanya masakan my mom lah yang paling best dalam dunia.heheee



tak sabar



kekaguman! dann x sabar nk terjunn jugerrr!! :)











f.r.i.e.n.d.s.h.i.p
semoga kekal selamanya yeRR!!



ni my favourite. Iddya and Ki

-

eh ada lagi 1

EHEM EHEMM EHEMMM






Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin :)