Sunday, December 26, 2010

Pergi Tak Kembali

bila dah sampai janjiNya, sesaat pun tak boleh nak tunggu. tak mungkin boleh nak lengah, tak mungkin boleh di tangguh. cuma doa dan harapan, semoga segalanya berlaku dalam rahmat dan lindungan Ilahi. hari ni, 26 Dec 2010 aku telah kehilangan seorang lagi sahabat. perginya tak mungkin kembali. Allahyarham telah pegi akibat kemalangan jalan raya, meninggal seorang balu beserta seorang bayi dalam kandungan, berusia 3 bulan.

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

buat isteri dan seluruh keluarganya, semoga tabah menghadapi pemergian yang tersayang. jadikan pengkebumian nya ini sesuatu yang indah untuk di kenang. setiap orang pasti akan mengalaminya, cuma beza cepat atau lambat sahaja. namun, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

buat Allahyarham Mohd Azwa, semoga tenang di alam sana dan semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. amin. Al-Fatihah~

No comments: