Alhamdullillah. Ramadhan dah pun sampai ke penghujungnya. perasaan tu bercampur baur. ada suka, terkilan, sedih, gembira semua ada. rasa suka sebab Alhamdulillah, aku dah berjaya abeskan 23 hari (setakat hari ni) puasa tanpa rongak2 sehari pun - and hopefully kekallahh sampai ke 29 ramadhan, InsyaAllah :) terkilan sebab tak sempat/lagha tak nak manfaatkan semaximum mungkin ramadhan dengan amal ibadat. terawih pun selang2. tadarus jarang-jarang. sedangkan, sepatutkan bulan ni la segala amalan tu patut digandakan, harap2 jumpa Lailatulqadar. sedih sebab mungkin ni lah tahun last kita dapat bersua Ramadhan. ntah sempat ke tak tahun depan nak berjumpa lagi :'( dannn rasa gembira tuu mestilah sebab nk raya! :)) lepas sebulan berpuasa ni la masa untuk kita meraikan semua ni. hari kemenangan. InsyaAllah, blog ni akan ditutup ke satu tarikh yang tak pasti bila, tp yang pastinya lepas raya laa.. so dikesempatan ni, aku nk ucapkan
"selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. kalau ada sepanjang berblog ni aku dah sakit kan hati saper2, terkutuk yang sengaja atau tak, aku nk mintak maaf banyak2. sesungguhnya apa yang baik itu datang dari Allah swt dan yang buruk tu dtg dari kelemahan aku sendiri.
dalam kita leka menyediakan persiapan, janganlahh sampai membazir. biarlah besederhana. beringatlah untuk kehidupan lps raya nnti jugak. x kan lah lepas tu tiap2 hari nk pegi open house rumah orng kan? istilah biar papa asal bergaya tu dah so yesterday. today's - less is more! :D dan kalau ada rezeki lebih, eloklah dikongsi dengan golongan yang kurang berupaya kurang mampu. pada adik-adik, abang-abang, bapa-bapa, pakcik-pakcik serta akak-akak please, jangan lah main mercun. (tapi, yang aku perhatikan biasanya yang main mercun lepas tu yangg pandai sangat nak modify bagai tu lahh yang paling banyak meletops tu. kudung jari, kudung kaki, buta sebelah. kalau main yg mmg dh sedia ada tu.. jarangggg) apepun, malang tidak berbau. mende-mende macam ni lebih baik kita cegah dari mengubati. kepada yang memandu utk balik ke kampung halaman pulak, berhati-hati di jalan raya. amalkan pemanduan yang berhemah, bertolak ansur dan saling menghormati. tolonggglahh jangan potong barisan. semua org pun nk cepat sampai kot. InsyaAllah mak, ayah dan family kita sabar menunggu di rumah/kampung halaman. so tak perlu lah nk rushing2, ok?? pandu dengan cermat, ingatlah org yang tersayang. eh ada pantun nak share
padu cermat jiwa selamat,
pandu laju kepala lumat.
pagi-pagi raya tu jangan lah nk mengadap rancangan menareks kat tv tu aja. time-time ni adalah lebih baik melawat sanak saudara, rakan taulan. time ni jerlah semua org balik kg. nk berkumpul, bersalaman, maaf-memafkan. tak kan tu mase ni pun nak tunjuk liatt #ditujukan buat diri sendiri. hehee
akhir kata, selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin, selamat makan ketupat, lemang, rendang, serunding, semprit, almond london, tart nenas, mama carry, nasi minyak, nasi tomato, dodol, sup tulang, kuih siput, sarang semut, sate etc etc etc perghhhh *lap air liur! semoga kita akan terus diberikan kesempatan untuk bertemu Ramadhan dan Syawal di tahun-tahun akan datang. InsyaAllah."
ya Allah, panjang nyer ucapan. pheww!!! :)
saya balik kampuang hari Jumaat26 August 2011. YEayyy!!!! *tak sabar*