Friday, April 29, 2011

ciri-ciri perempuan idaman saya


mcm pelik jer tajuk entry ni. tak tak. bukan. saya tak minat kaum sejenis lol


2, 3 hari lepas adala aku keluar minum2 ngan sorang kawan aku ni (A). kawan lama laa jugak sejak time skolah lagi. aku pegi berdua. nama nk pegi sorang2 memang tak laa sbb bukan closed friend pun. tapi dah dia beria2 nk jumpa, aku pegi jer lah. lagipun sbb dah lama sgt tak jumpa kan, relakan la hati takut dia terasa pulak dah ajak jumpa banyak kali tp aku asek bizi bizi bizi mcm aku sorang jer dlm dunia ni yang keje, dia tak. aku heret sekali kawan aku (B), siap umpan mcflurry milo lagi baru nk ikot. hampehh betul :( - tapi tak per la. time tu kalau ko mintak 3 pun aku sanggup jer belikan, fuhH seb baik ko mintak 1 jer.. ahahaa

jumpa kat SACC mall. minum, borak mcm2. lepas tu camaner ntah topik kawen pulak. so aku tanya la bila dia nk kawen sbb aku tau dia ngan gelfren dia ni dah lama dah couple. lps tu dia terus diam. aku dah cuak dah, eh apesal dia ni? aku silap tanya soalan ker.. dia jawab. "aku ngn dia dah tak de paper dah. dah x der jodoh nk buat mcm mne. lagipun dia tu x kena ngan citarasa aku la. biar jer lah dulu, cr jer la yg lain. kalau ada, ada laa."

oh mak aihh. sedih gilerr ayat. tapi tang x kena citarasa tu payah sket la aku nk hadam. lepas 3 tahun ko couple baru ko perasan x kena citarasa? haiya.. lama nyer baru nk kenal hati, nk decide ok ke tak bang oiii..

"ko memilih sgt kot ni. aku tgk xxx tu ok jer. cantik pun cantik jer. sopan santun. cakap pun slow nk mati sampai kena ulang 2,3 kali baru aku dapat tangkap. ko cari yg mcm mne lagi ni? memilih sgt kot?" - aku (mcm biasala ayat penyibuk hehe)

dan dan tu di start:

" aku ni takdela memilih sangat. mmg la kena pilih kan, tapi aku ni fleksibel tau. In fact, aku tak cari pun yang cantik jelita macam model2 tu sumer. asal yang sedap mata aku memandang dah la. takyah pandai masak sgt pun takpe, asalkan tau masak masakan melayu, western skit2, masakan chinese tu tak per boleh belajar kemudian pun tak per. yelah aku ni suka makan kat rumah. kalau boleh biarlah bekerja. yela bukan aku tak mmpu nk tanggung dia, tapi nnti in case kalau jadi apa-apa kat aku at least dia boleh survive. kite kene laa realistik, sebab zaman sekarang ni kalau nak harapkan cinta je semata, tak boleh nak hidup. kene laa ade duit. pastu kalau boleh, bakal isteri aku tu kene pandai sebab nnti senang nk didik anak2, tinggi, sanggup buat ape saje demi keluarga, hormat orang tua family aku mcm family dia sendiri, suka luangkan masa untuk aku dan anak2, sekali sekala buat surprise bila hari jadi aku ker, romantik, suka teman aku tengok wayang, tak merokok, penuh sifat keibuan, bertangungjawab, yang paling penting, die mestilah kuat beragama dan boleh membimbing aku ke jalan yang benar bila aku leka dengan dunia semata.."


perghhh.. mse ni kawan aku dah sepak2 dah kaki aku bawah meja. aku bagi isyarat mata.. sabar2, dia tak abes cakap lagi tu..

".. kalau x dapat yang mcm Lisa Surihani pun dapat mcm Irma Hasmi pun dah ok dah. TU JERR pun yang aku nk. aku tak memilih laa."

Laa.. TU JE ke yang ko nak dalam kriteria isteri idaman? ko tanak isteri yang boleh mendaki gunung tinggi dan merentas lautan api sekali kerr? penat jerr aku prektis teruja dgr ko cakap..

adehhhh

aku tak tau kamus mana die pakai, tapi dalam Kamus Dewan Bahasa istilah "tidak memilih" membawa maksud "tidak cerewet". Bukannya "mengada-ngada nak mampus semua bende ko nak." Kalau ko nak cari isteri yg perfect, sampai ke sudah la ko tak kan dapat. eh, ker ada?

aku senyum lepas tu cakap "yerlah, setiap org berhak memilih pasangan dorang. tapi kita hanya merancang, belum tentu lagi nk dapat yang mcm kita nk. kalau dapat tu rezeki la. tapi kalau tak dapat kena la terima seadanya.. hak mne boleh diperbaiki tu, kena la betulkan. kalau dah x dapat jugak redha jer lah.." tapi dalam hati aku.. " hoii kepalaotak kau! mcm tu kau kata x memilih. kau ingat ko tu saper haa nk cr yang sempurna mcm tu sekali. kau tu gigi pun jarang, rambut kerinting ada hati nk cr mcm irma hasmi konon. gi rebonding dulu rambut kau tu tggu 3x panjang, lepas tu rebonding lagi. tu pun belum tentu lagi dapat laa"

ni la part yang paling aku malas bila nk jumpa dia ni. konon2 baik besederhana tapi hempeh!! haa kan aku dah ngumpat ko belakang.

mne la ada manusia yang perfect? sempurna segala segi. ada la seorang. tapi tu pun dah wafat dah pada 12 Rabiul Awal 11 H dulu. kena la ingat, kesempurnaan org lain laa yang menyempurnakan kekurangan diri kita. entahlah, semoga kawan aku ni berjaya jugak jumpa apa yang dia cari, yang boleh membahagiakan dia di dunia dan di akhirat, InsyaAllah :)


tapi kan..


orang selalu cakap
nobody is perfect.


i'm nobody. therefore i'm perfect?
eh tak der kena mengena laa..

Monday, April 25, 2011

COACH Pavilion Kuala Lumpur





walau tahu tak mampu, tapi keyakinan tu perlu ada! -_-'

Saturday, April 23, 2011

johnny, i'm in love

where? - Johnny's Jusco Bukit Raja, Kelang
who? - Ruhaida, Norliza and myself
when? - Fabulous Sunday, March 2011
what? - Yummilicious Tom Yam Steamboat



forever in memory, makan sekali gerenti nk lagi... Johnny's, nk resepi pleaseee!!!



buy one, get one free shiitake mushroom :)



laksa a.k.a fish noodle. liat liat tapi lazat




You will not be disappointed, I guarantee (eh?!!)



fresh from fridge - udang tegak tegak. abaikan dahi berkilat -_-'



fresh Chinese broccoli (kailan kan??) as well



tak yah pandang kiri kanan



kami kenyang, kami gembira




what are you waiting for?? sila la pergi. saya jamin, makan sekali pasti teringin lagi (tapi perlu diingat, selera masing2 tak sama). kalau pilih tomyam kena tambah RM10. kalau sup (ayam kot), free. tapii tambah rm10 pun berbaloi tau!!. boleh refill banyak kali selagi terdaya.

tak dapat komisyen pun. Johnny tu pun bkn saudara mara saya. tiada pertalian sama sekali. tapiiii pengurus Johnny's Jusco Bukit Raja ni ada sorang yg ensemm :) jadi, mungkinkan bakal ada pertalian selepas ni? ehhh???!!!

tunggu la, kalau ada nnti aku update! muahamuahamuahahaha

Sunday, April 3, 2011

sahaja aku menaip

ada banyak menda nak taip ni. tapi tak tahu nk start dari mne. tu laa bila dah tangguh tangguh tangguh ni, lama2 lupa teruss. sedangkan sebenarnya, mende tu sgt lah suwitt like sugar so kena cerita, kena tulis kat sini kalau tak nnti lupa bila nk cerita balik kat cucu2 kisah nenek dorang masa zaman muda zaman remaja dulu.. eh?


IKLAN JAP

pernah tak korang rse kecewa dengan kebenaran? walaupun kebenaran tu mmg dah dijangka punn. dah di ramal dari awal. tapi selama ni cuba utk di tidakkan. cuba tak nak percaya sbb.. ntah, sbb apa ntah gatal pulak tanak percaya. jeles kot? tak der langsung sebenarnya. ntah la, saje jer kot. sebab x suka x suka x suka.. hahaha. giler mood meroyan dah mai dahh. pangg sekali laju2 baru tauu. pernah x? x pernah ek? yerlah yerlah aku tau.. korang jenis yang terima kebenaran. berpijak di bumi nyata. ok x der x per. biar jer lah aku sorang2.. muahahaha

IKLAN TAMAT


mggu lepas aku gi PD, Pantai Peranginan Negara. tanak la komen pasal pantai dia. sbb aku x pegi sgt pun kat pantai dia. lalu2 jer tu pun dah berbahang panas ya ampunn. lgpun, bg aku pantai kat Terengganu lagi cantik. aku nk citer pasal kedai makan dia. sungguh mengecewakan. ada la satu kedai ni. kedai kat tepi pantai (dah terapung sikit pun sebenarya), suasana best giler, ombak menderu memukul pantai, angin bertiup sepoi sepoi bahasa. tapi makanan x sedap langsunggg. ok aku tipu, air masak dia best! sirap selasih dia pun best gak! eh, makanan kah ? dah la x sedap kurang sedap, mahal pulak tu. kalau sedap lain cerita laa. aku ni ada jenis penyakit sikit, kalau sedap mahal mcm mne pun aku bayar jer. duk diam2. tapii kalau x sedap, walau 50sen sekalipun aku akan mengungkit! perangai huduh betul. sbb aku rasa x wajar dorang buat mcm tu nak cr untung semata sedangkan buat keje x semenggah. tapi kadang2 kena consider jugak la, sbb sedap tu subjective. apa yg aku rse sedap, mungkin x bg org lain. mende yang org lain kte sedap malatopss tu pulak mungkin x kena dgn lidah aku.. kan ker Tuhan tu dah adil, di ciptakan kita manusia ni berlainan, bermacam2 citarasa. kang sume duk suka mende yg sme kang, payah pulak. berebut la kome nk mende hak sme jer..


ok fine. sedap tu subjective. tapi ni nak citer pasal material bahan-bahan nyer pulak. tak kan la ni pun subjective jugak? ada dua option je pun kot, segar ngan x segar, x kan tu pun x boleh beza. kalau dah sotong tu dah berbau, udang tu dah lembik, segar lagi ker tu namanya? sedangkan ikan masin yang dah bergaram tu pun boleh berbau, hellooo mcm ni ker ko serve pelanggan?. tom yam dah la rse ntah hape2. ok fine lagi sekali. sedap tu subjective ikut lidah masing2. ok. sekarang sumer pakat tutup mata. bayangkaann (eh kalau dah tutup mata, camane nk baca?) ok. takyah tutup mata. bce jer la macam biasa. mlm tu kami order tomyam, sotong masak sambal, ikan bakar, dengan kailan ikan masin. lauk yg biasa jer kot. dah kate dtg tepi pantai kan. mesti la order seafood. kalau pegi taman negara order mende2 mcm ni lain cerita laa.


first, tomyam sampai dulu. perghh letak dalam bekas tembikar lagi. ok fine. at least 1st expectation ktorang tinggi gak la bila sampai lauk ni. cepat pulak tu. x yah tunggu lama2. bila tengok dalam, ada isi ketam, 2 ekor udang yang bukan calang2 besar punya, sotong, isi ikan berselirat.. ok puas hati! belum rasa. diulangi belum rase. nasi, udang sambal, tom yam dgn kailan ikan masin sampai dah. tunggu ikan bakar jer lagi. sambil2 tu rse la dia punya sotong sambal, ok la boleh tahan. sotong sambal ok, mesti la lauk lain pun ok kan. bila ikan bakar sampai, start la makan. dah makan 2 suap ada la hak berbunyi:


A: ikan dia berbau la. korang ada bau tak?
B: bau mende? x la. ok jer aku rse..
A: yer ker? apesal aku sorang jer rse ni? ko bau tak?
C: x der bau pulak. tapi ikan dia lembik skett.
A: jap aku rse lagi. (sambil amek ikan bakar, rasa lagi) hurm ok pulak. mungkin part2 jer kot yg bau.
(Note: C tu aku.. haha)


dah lme sket makan, baru la discover rupanya, kailan ikan masin tu yg berbau. maknanya ikan masin dia dah busuk. yang guna untuk goreng kailan tu dah busuk, dah basi. apekah?? aku x tahu laa rse dia mcm mne, sebab aku x makan kailan.. hehe. tapi tomyam aku makan ok. meh sini aku nk review betul2. betul2 punya review. kaw kaw punyaa... mula2 hirup kuah, muka dah berkedut dah. x sedappp. tom yam apekah ini. tapi SEDAP TU SUBJECTIVE. ok fine. then makan sotong dia. berbau okkk... busuk ketung! lepas tu kan aku kate ada udang 2 ketul yang besar2 punya tu aku bagi kat A ngan B sorang 1. aku amek ketam.. ketam dia mmg x bolehh blahh. ketam dia dah goreng dulu dgn tepung lps tu baru dia campak dlm kuah tom yam. aku rse ketam tu lauk tgh hari yg x abes kot, tu yg dia cmpak dalm tu jer tu. tanak membazir. lagipun nmpak la mewah sikit. *tu dia tanduk setan dah mai dah*. - bila insaf sket, mungkin ni resepi baru kot? ada eh org masak tom yam letak ketam goreng tepung dulu? aku jer yang x tahu eh? kesian aku kan? x amek tahu. lps tu tgk pulak udang besar punya yg dorang amek tu, lembikkk ok.. aduhh apekah nasib kami? knp kami diberi lauk2 mcm ni sedangkan kami bayar ok! huh


dorang ni kadang2 suka ambil kesempatan. sebab tu tempat pelancong, org datang sekali jer lepas tu x datang lagi, dorang terus buat ala kadar. masak asal boleh jer, nampak ada rupa sikit, jalann.. dorang patut sedar, mulut org ni bercerita. dan biasanya yang x best tu la yang lagi cepat org nk cerita (mcm yg aku tgh buat sekarang ni.. hehe). so dorang patut fikirkan potential customer dorang lebih dr yang pegi makan tu. kalau betul x tahu masak mende yg org order tu, cakap ikhlas. mende tu x der. kalau mende nk masak tu dah x elok, jgn cuba nk try2. kang sekali yg pegi tu sakit perut, haa i c u in court u know~


ni la lauk terpilih malam tu, yang telah dipersetujui bersama2 ketika mengorder




ni pulak tom yam bertuah tu. nmpak tu ekor udang sampai terkeluar x muat bekas lagi nk letak masukkan sekali. tu ketam pun ada tu. nmpak x bayang2 ketam goreng tepung sup tomyam T_T




ikan bakar sampai 2 sos - air asam dgn kicap. tambah kagum bila sampai, tp bila dah rse hurmm jawab la sendiri.. huhu




ni pulakk kailan goreng ikan masin busuk






dannn yang ni, review ikhlas dari kami:




dan


"sotong x fresh"




ok laa.. cukup la tu. biar org lain pulak review lps ni. eh lupa pulak nak abeskan niat asal aku malam ni.. "sahaja aku menaip tentang restauran ini - bukan lah untuk mengutuk, jauh sekali untuk mengumpat cuma untuk menyedarkan tuan punya restauran ini berubah lah demi masa depan yang lebih gemilang dan terbilang. hantarlah chef2 anda ke kelas2 masakan, nnti kalau sedap mesti lagi ramai yang datang. bila dah ramai yg datang mesti lagi banyak untung. nnti siapa yang kaya? kamuuu jugak - kerana saya suka makan yang sedap2 ajer"

restauran yang dimaksudkan adalah:

Restoran D'Terapung (Medan Ikan Bakar MPPD)

tapi kat resit kami dia tulis Restoran Hang Li Po. kat menu pun sme. oklahh, malas nk argue. sme jer kot dua2 restauran ni. nama jer lain. pemilik tetap kekal sama kot.


dan inilah tempatnyaa



kami dah pangkah, anda cuba la rasa. once rse dia dah ok, bgtau aku balik yer :)